Sunday, April 20, 2008

Manifesto Yang Semakin Dilupakan...

Kemenangan yang di idamkan selama ini telah pun tercapai. Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana mampu membuktikan bahawa mereka ini layak untuk diberi peluang untuk memerintah.

Jika sebelum PRU-12, pelbagai janji di jaja di ceramah, laman blog dan laman web rasmi untuk mempromosikan manifesto mereka. Pelbagai taktik digunakan sehinggakan pernah kedengaran di satu ceramah, jika BA (sebelum ditukar menjadi PR) diberi mandat pada 8 Mac lalu untuk memerintah negara, keesokkan harinya harga minyak diseluruh negara akan turun... Hebat! Cukup hebat apabila berjanji....

Namun, sehingga kini, setelah 6 minggu, jangankan kata nak menunaikan janji, perkara mengenai manifesto PRU-12 dulu tidak lagi disentuh. Jika di utara, janji untuk menegakkan hukum ISLAM, sekarang ni hanya tinggal ucapan di kaset ceramah sahaja. Dan di Selangor, demi untuk menguasa negeri yang dikatakan maju ini dari tangan Barisan Nasional, pelbagai gula-gula ditawarkan. Jika dilihat, memang bertuah menjadi rakyat Selangor di bawah pemerintah PKR. Cukup bertuah... tapi bertuah hanya pada janji, nak ditepati tu entah bila... Projek babi yang tiada dalam menifesto boleh disegerakan, takkan janji pilihanraya di buat-buat bodoh dan dilupakan....

Rakyat negeri Selangor boleh bertanya pada MB mereka yang super hebat ini. Mana janji-janji PKR pada PRU-12 dulu? Bagi penyokong dan pemimpin PKR yang mungkin lupa, dek keasyikan dan masih dibuai mimpi kemenangan, inilah manifesto BA khusus untuk rakyat Selangor :-


Sosial dan Kebajikan Rakyat
1. Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
2. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
3. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
4. Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti.
5. Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
6. Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga.
7. Membuka Pusat Sukan Mini dan Rekreasi bagi belia.
8. Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
9. Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
10.Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
11. Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
12. Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam
.

Kesihatan Rakyat
1. Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin.
2. Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin.
3. Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami.
4. Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas.

Ekonomi rakyat
1. Menyediakan premis perniagaan yang cukup.
2. Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda.
3. Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama.
4. Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus.
5. Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.
6. Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan.

Keselamatan rakyat
1. Menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.
2. Menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan.
3. Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.


Kalau projek babi bole disegerakan, malah ingin dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan sahaja, maka wajarlah janji-janji manifesto ini disegarakan. Rakyat Selangor yang menghantar anak ke nurseri, ke pra-sekolah, bolehlah menyimpan resit dari sekarang untuk membuat tuntutan nanti. Dan anak-anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti, rajin-rajinlah memanjat pejabat kerajaan negeri sambil membawa surat tawaran anda. Dan sapa-sapa yang nak berkahwin, tunggulah dulu pengumuman dari MB. Manalah tahu, nanti dapat RM 2000 - RM 3000 untuk belanja kenduri.

Sehingga kini, nampaknya MB dan PKR Selangor lebih berminat menjawab isu babi dari isu manifesto ini. Mungkin inilah taktik terbaru dari PKR dan kerajaan PR Selangor untuk mengalihkan tumpuan. Lebih lama rakyat hanyut dengan isu babi, lagi bagus...

Membangkang memang mudah, berjanji memang senang. Ambil iktibar dari Trengganu, kalau sekadar berjanji ajer, lama-lama rakyat pun tolak ketepi... PR berjaya sapu 5 negeri, namun Haji Hadi masih mengigit jari...

1 comment:

Mr Joker said...

Masih terlalu awal untuk menagih semua janji yang telah ditabur didalam menifesto PR.Kerajaan Negeri Pimpinan PR baru berumur sebulan.Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan PR,100 hari pertama diberi pada pimpinan PR untuk merealisasikan segala menifesto mengikut bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.Walaubagaimanapun pujian harus diberi atas pelaksanaan dan pemansuhan tunggakan kompaun Majlis Daerah di dalam beberapa negeri dibawah pemerintahan PR,pemberian air percuma sebanyak 20mtr padu di Selangor dan keprihatinan pemimpin-pemimpin PR dinegeri masing-masing.Syabas juga diucapkan pada YB Ahmad Said atas keprihatinannya memperuntukkan sebanyak RM800 setiap rumah di seluruh negeri Terengganu bagi menukar atap zink yang telah usang kepada atap asbestos.diharap tidak berlaku penyelewangan didalam pembahagian wang bantuan berkenaan.