Thursday, May 29, 2008

ISLAM HADHARI - Demi politik, agama sanggup diketepikan.

Begitulah kesimpulan mudah yang mampu di buat oleh orang ramai apabila Kerajaan Negeri Selangor bertindak mengharamkan sebarang program yang di anjurkan di bawah konsep ISLAM Hadhari. Betapa tidak rasionalnya tindakan yang lebih bermotifkan politik ini, dan betapa murahnya harga agama kita di mata pemimpin PAS.

Bagi PAS, ISLAM ialah ISLAM. Tidak ada hadhari, tidak akan ada apa lagi. Apa yang ada ialah kehidupan yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menjadi pegangan semua umat ISLAM, di mana jua mereka berada dan walau apa pun pegangan politik mereka. Namun, mereka lupa, jika di seru ke arah kebaikan, maka patuhilah, dan jika diseru kearah kemungkaran, maka hindarilah. DIsinilah terletak betapa tidak rasionalnya pemikiran mereka. Apakah yang TIDAK kena dengan ISLAM HADHARI? Adakah kerana namanya, ataupun kerana isinya?

Kerapkali kita di momokkan, ISLAM HADHARI ialah agama baru ciptaan UMNO. Juga kita diperingatkan bahawa tidak ada ISLAM HADHARI, yang ada cuma ISLAM. Maka kita perlulah bertanya semula, TIDAK ada parti ISLAM, yang ada hanya ISLAM. ISLAM tidak berparti, namanya bukan untuk dijadikan bahan esklusif atau cop dagangan untuk sebuah parti parti politik. ISLAM ialah milik semua, tanpa mengira negara, bangsa mahupun parti. ISLAM ialah agama yang diturunkan oleh Allah, agama yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh meninggalkan kejahatan.

Bukankah ini boleh dikatakan percubaan PAS untuk mengesklusifkan nama ISLAM? Tidakkan ini boleh dikatakan percubaan mereka untuk memiliksendiri nama ISLAM? Bagi mereka apa yang paling utama, biarlah apabila rakyat memikirkan tentang ISLAM, mereka memikirkan tentang PAS. Acapkali PAS mendabik dada hanya mereka sahaja yang ISLAM, yang lain tidak ISLAM (barangkali orang ISLAM dalam PKR pun termasuk golongan ini). Tidakkah tindakan mereka ini lebih berbahaya kepada agama? Islam adalah agama dari Allah kepada semua umat manusia, bukan hanya untuk segelintir umat dan bukan juga untuk sebuah parti politik yang hanya bertaraf balaci.

Mengapa pemimpin PAS didalam Kerajaan Selangor lebih beria-ia untuk "mengharamkan" ISLAM HADHARI, tapi semangat yang sama tidak ditonjolkan dalam mengharamkan arak dan judi? Bukankah dulu, mereka dan penyokong mereka menyelar apa gunanya ISLAM HADHARI jika lesen arak diberi, lesen judi dibagi. Nah, sekarang, bukankah mereka juga melakukan perkaran yang sama. Mengharamkan apa yang mendatangkan kebaikan, namun membutakan mata pada apa yang lebih mungkar. Adakah arak dan judi itu lebih mulia dari ISLAM HADHARI? Sepatutnya mereka memberikan contoh terbaik, tutupkan saja premis judi dan arak, jadikan Selangor bebas arak dan judi, kemudian haramkanlah program ISLAM HADHARI jika mereka merasakan itulah yang terbaik.

Tapi, beranikah PAS dalam melakukan semua ini? Itulah persoalan yang perlu diambil kira. PAS umpama adik bongsu, dan setiap tindakannya adalah untuk menunjuk kesetiannya pada abang-abang mereka didalam PR. Apa saja yang PAS lakukan hanyalah untuk menggembirakan hati abang-abang besar didalam PR. Sebab itulah selepas Selangor, Pulau Pinang menjadi negeri yang kedua dalam mengharamkan ISLAM HADHARI. Dan bagi PR, apalah sangat ISLAM HADHARI itu berbanding dengan projek babi. Yang satu perlu diberi sokongan manakala yang satu lagi patut diharamkan... dan semuanya atas nama UNTUK RAKYAT...Bertuahnya menjadi rakyat Selangor....

Wednesday, May 21, 2008

DARJAT ANTARA DUA PEMIMPIN.

Walaupun beribu-ribu ahli UMNO nampaknya terpaku dan tidak percaya apabila TDM mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari UMNO, hanya disebabkan cabaran oleh seorang ahli biasa, hal ini tidak begitu menghairankan apabila dikenangkan cara pemikiran Tun Dr Mahathir, mantan PM yang serba berani ini...

Ini bukanlah kali pertama beliau menongkah arus dalam memperjuangkan apa yang menjadi prinsipnya. Pada tahun 1998, apabila negara berada dalam kegawatan ekonomi, beliau telah mengambil keputusan untuk menambat ringgit malaysia, walaupun saranan ini menjadi bualan hangat pakar ekonomi dan musuh-musuh beliau. Terbukti, dengan keberanian beliau itu, berjaya membawa Malaysia keluar dari masalah ekonomi dengan jayanya, tidak seperti rakan tetanggan Asean yang masih lagi dapat merasakan kesannya hingga kini...

Itulah perbezaan antara pemimpin berkualiti dan pemimpin balaci. Jika pemimpin berkualiti begitu tegas dalam mempertahankan prinsipnya, pemimpin balaci pula sanggup menperdagangkan prinsip perjuangan, hanya untuk berasa selesa berada didalam pakatan dan mendapat sedikit kuasa. Pemimpin balaci inirela maruah dan prinsip parti mereka digadaikan semata-mata untuk menampakkan mereka hebat. Pemimpin balaci ini tidaklah boleh dianggap setaraf dengan kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh TDM. Apa gunanya perjuangan, jika prinsip dan dasar parti pun mampu untuk digadai, dijual beli dan ditolak kesana sini. Apa gunanya menjadi satu pemimpin yang kononya hebat di mata penyokong, namun tidak dapat merealisasikan impian dan perjuangan parti. Pemimpin jenis apakah ini?

Jesteru itu, jadikan ini sebagai kayu pengukur antara dua pemimpin. Satu tegas dengan prinsip dan bermaruah, satu lagi sanggup menggadai maruah dan prinsip hanyalah untuk undi dan kerusi. Berani kata, berani kota. Berani berjuang dan berani menerima kekalahan. Itulah kualiti pemimpin sejati. Bukan hanya pandai bercakap,tapi tak pandai menjadikannya realiti. UMNO ialah TUNJANG kekuatan negara, bukan hanya parti tempelan yang hanya bertaraf burung kakak tua... hanya reti mengangguk sahaja tanpa suara..

Tuesday, May 20, 2008

Apabila Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO.

Akhirnya Tun Dr Mahathir (TDM) telah memuktamadkan keputusan beliau untuk memisahkan diri beliau dari UMNO pada tanggal 19 Mei 2008. Walau begitu pedih sekalipun, namun mengenangkan jasa-jasa TDM dalam membentuk UMNO dan membangunkan negara ini dalam masa pemerintahan beliau selama 22 tahun, warga UMNO patut mengucapkan syabas kepada beliau kerana selama ini beliau sentiasa konsisten dalam membuat keputusan.

Umum mengetahui sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, TDM banyak mengkritik dasar pemerintahan Pak Lah dalam menguruskan negara dan juga dalam memastikan tunjang kekuatan UMNO tidak tercabar, namun semua kritikan beliau hanya ibarat menuang air di daun keladi, tidak dapat menimbulkan apa-apa perubahan pada diri pucuk kepimpinan UMNO, terutamanya oleh Pak Lah. Pak Lah yang semakin kelabu dengan kemenangan beliau yang hebat dalam PRU-11, merasakan dirinya mampu menjadi PM yang lebih hebat dari TDM, tanpa mempedulikan rintihan dari akar umbi, dan tanpa mempedulikan nasihat dari bekas PM yang banyak berjasa ini.

Saranan TDM agar ahli-ahli UMNO keluar beramai-ramai juga merupakan satu saranan yang ekstrem, jika difikirkan bahawa betapa sayangnya TDM pada UMNO. Masakan tidak, beliau berjaya membawa UMNO mengharungi pelbagai krisis, dari tahun 1988, hinggalah kepada pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun1998. Semuanya berjaya diharungi dengan tabah dan mengekalkan UMNO kembali di landasan yang kuat. Pemimpin yang bijak ialah pemimpin yang mampu mengharungi segala cabaran. Saatnya telah tiba untuk Pak Lah untuk kembali menggunakan kebijakannya untuk menyatukan semula UMNO, merapatkan barisan dan seterusnya menjadikan UMNO terus kekal sebagai teraju pemerintahan negara. Persoalannya ialah apakah langkah yang akan diambil oleh Pak Lah?

Keluarnya TDM dari UMNo membawa seribu cerita, dan juga membawa bersama beribu penyokongnya. Inilah yang perlu diambil perhatian oleh Pak Lah dan menteri-menteri yan lain. Sebagai pemimpin yang berkaliber, TDM tidak akan menyertai parti lain, namun jangan lupa, pihak pembangkang di luar sana akan sentiasa menyediakan peluang kepada TDM untuk menyertai mereka. Cuma masa yang akan menentukan siapa yang berani untuk mengutarakan permintaan ini.

Saatnya telah tiba untuk UMNO kembali mereformasikan dirinya. Menyebut kepada kata-kata TDM sendiri, UMNO adalah untuk semua, bukan milik peribadi. Bukan milik TDM dan juga bukan milik Pak Lah. Tanpa sokongan dari akar umbi, UMNO tidak akan kemana. Masanya telah tiba untuk berubah. Namun, beranikah mereka yang berada di atas? Mahukah mereka sekurang-kurangnya mendengar nasihat TDM dan belajar dari pemimpin negara yang berkaliber ini?

Buat Pakatan Rakyat, berita ini mungkin menggembirakan. Namun mereka juga tahu, jika UMNO berjaya mengharungi krisis ini (seperti krisis-krisis yang sebelumnya), mereka juga tidak akan kemana. Hanya akan kekal menjadi pembangkang sahaja. TDM berjaya menyatukan UMNO sebelum ini, dan tindakannya kali ini juga bakal memberikan kesan dalam menyatukan UMNO. Hanya masa yang akan menentukan segalanya..

Friday, May 16, 2008

PAS TELAH BERSUARA - PKR BILA LAGI..

Nampaknya isu penghinaan Sultan oleh Karpal Singh telah sampai ke penghujungnya. PAS, setelah melihat momentum kebanyakkan orang melayu tidak menyukai tindakan yang bersifat kurang ajar ini, telah mengeluarkan kenyataan rasminya melalui Nik Aziz yang menganggap Karpal Singh boleh dianggap derhaka.

Kenyataan iupun timbul hanya setelah diasak beberapa kali oleh rakyat untuk menilai pendirian PAS ini, dan setelah sekian lama, barulah pemimpin PAS ini berani bersuara. Dimanakah mereka menghilang selama ini? Adakah hanya kerana menjadi pak turut dalam satu pakatan, mereka ini hilang suara? Lagipun, PR bukannya satu pakatan yang menguntungkan PAS dari segi politik, jauh sekali memperjuangkan sasaran PAS untuk menubuhkan negara ISLAM...

Sehingga hari ini, cuma suara dari parti PKR sahaja yang tidak kedengaran. Parti multi-racial ini (yang sebenarnya tidak berminat pun untuk memperjuangkan hak orang melayu), masih lagi diam membisu. Mungkin bagi mereka kenyataan Karpal Singh ini tidaklah begitu penting, berbanding dengan usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan pusat. Apa yang mereka peduli jika kehormatan Sultan di hina dan dijijak oleh DAP, asalkan mereka mampu berkuasa...

Jika sebelum berkuasa, mereka sudah berani menghina raja, mungkin apabila berkuasa, Sultan dan Raja akan lenyap dari bumi Malaysia ini. Jangan sampai orang melayu dalam PR menjadi pak kadok sahaja. Menang sorak, maruah tergadai....

POLITIK SANDIWARA PAS TELAH BERMULA

Menarik artikel terbaru yang dikeluarkan oleh HarakahDaily ini. Nampaknya ini mengesahkan dakwaan bahawa PR menggunakan wang untuk menyogok ahli-ahli parlimen BN supaya melompat parti seterusnya meruntuhkan kerajaan pusat. Apa yang paling menarik, kenyataan Nik Aziz sendiri membayangkan, tanpa berselindung bahawa PAS sendiri merestui tindakan menggunakan wang untuk menyogok ahli-ahli parlimen. Mereka yang saban waktu menuduh UMNO ibu segala kejahatan,, mengamalkan korupsi, kini, tanpa menafikan, mereka juga rela menggunakan pendekatan yang sama...

Inilah sikap talam bermuka-muka PAS, yang jika dulunya Nik Aziz menggelar mereka ini binatang, kini binatang itulah yang ingin dibolotnya. Semuanya hanyalah kerana kuasa, dan demi untuk memuaskan hati rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR... Kata-kata dari mulut Nik Aziz sendiri membayangkan bahawa mereka tidak menafikan menggunakan WANG untuk membeli wakil rakyat dari BN, dan UMNO tidak perlu marah kerana kononnya UMNOlah yang memulai semua ini terlebih dahulu.

Begitu murahnya nilai agama dalam PAS... jika dulu menghentam UMNo kerana kononnya mengamalkan politik wang, kini tanpa segan-silu mereka pula mengamalkannya... semuanya kerana bagi mereka, UMNO yang memulakan dulu, jadi mereka hanya mengikut sahaja...

Apabila kuasa menjadi rebutan, apa yang dulunya haram, kini telah di halalkan.... demi kerusi dan kuasa politik, parti yang dulunya menjadi penghinaan, kini menjadi ikutan... Inilah bahana menjadi balaci... Kuman diseberang laut sentiasa nampak, gajah lalu di depan mata, buat-buat bodoh. Bila wang berkuasa membeli kerusi, halal dan haram dah ditolak ketepi...

sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14499&Itemid=28

Saturday, May 10, 2008

Karpal Buktikan Siapa Paling Dominan.

Mahu atau tidak, DAP semakin menunjukkan taringnya dan membuktikan kepada kita semua siapakah yang sebenarnya lebih dominan di antara ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat. Secara tidak rasmi, bolehlah dikatakan DAP ialah sebenarnya tunjang atau ketua kepada Pakatan Rakyat, yakni ketua kepada PAS dan jua PKR.

Maka sebab itulah, pemimpin tertinggi PAS sekali lagi mengambil sikap membuta mata dan mempekakkan telinga mereka. Mereka yang sebelum ini umpama singa apabila terjadinya peristiwa semasa perlantikan MB Trengganu satu ketika dulu, kini hanya umpama tikus yang lari menyorok apabila berhadapan dengan krisis ini. Bezanya, kali ini yang bersuara secara tanpa berselindung, ialah rakan kongsi mereka, Karpal Singh, merangkap Pengerusi DAP dan juga ketua tidak rasmi PR. Semuanya gara-gara mereka tidak lagi mempunyai suara dalam Pakatan Rakyat, demi untuk menjaga survival politik mereka adalah lebih utama dari memperjuangkan isu rakyat, Sultan dan juga bangsa melayu.

Ini secara tidak langsung bakal memberikan gambaran kepada kita, apakah yang akan terjadi seandainya PR diberikan kuasa. Siapakah yang akan menjadi ketua dan siapa yang hanya sekadar menajdi balaci tukang angguk sahaja? Apatah lagi, perlantikan PM di Malaysia,mengikut perlembagaan tidak semestinya orang melayu, membuat DAP yang serba tahu lompong undang-undang dan seterusnya menguasai pentas politik Malaysia…

Inilah apa yang dikatakan, menang sorak, maruah tergadai. Biarlah rakyat menilai siapakah yang tegas dalam memperjuangkan bangsa melayu dan kedaulatan Sultan-sultan. Jika selama ini pak turut ini memperlekehkan UMNO kerana isu keris, maka sekarang keris itulah yang bangun mempertahankan Sultan. Sedangkan mereka ini lebih selesa untuk berada di celah ketiak DAP, tanpa suara, tanpa nada, hanya mengangguk sahaja…

Tuesday, May 6, 2008

Janji Manifesto Hanya Mimpi..

Apabila MB Selangor mengumumkan bahawa cukai pintu tidak dapat diturunkan "buat masa ini", sudah ramai yang tertawa dan tersenyum sinis, mengenangkan bahawa ini sememangnya akan terjadi. Bukanmudah untuk menunaikan janji, apatah lagi bagi mereka yang selama ini hanya mampu bertempek di pentas ceramah, tanpa pernah memerintah. Jadi, bagi mereka, berjanjilah apa saja, bulan, bintang malah matahari sekalipun. Hakikatnya, bila memerintah, banyak perkara yang perlu diambil kira.

Itu baru satu, dan ramai menjangkakan tidak lama lagi akan muncul pula janji-janji yang bakal "terbengkalai" seperti pemberian elaun bantuan RM75 kepada setiap anak kelahiran Selangor, RM75 bagi seorang anak yang dihantar ke nurseri dan banyak lagi. Seperti diduga, ini hanyalah "sandiwara" politik dan manifesto PKR Selangor hanyalah manifesto munafik yang sekadar indah khabar dari rupa, dan lebih sekadar untuk menyaingi manifesto BN Selangor.

Jadi, rakyat Selangor perlulah bersabar banyak-banyak. Untuk memerintah kena pakai otak, untuk berceramah boleh la kalau sekadar pakai air liur. Mungkin inilah petunjuk supaya rakyat memikirkan banyak kali sebelum memangkah. Jika cukai sebanyak 20% bagi kediaman dan 10% untuk premis perniagaan pun tak mampu dilaksanakan, apatah lagi kalau PKR memerintah negara. Janji "pak kaduk" untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam seandainya menang pilihanraya pun tentunya tidak akan terlaksana....

Kita tunggu dan lihat sahaja kepimpinan negeri yang baru ini. Adakah manifesto yang lain berjaya di tunaikan atau ianya hanya sekadar manifesto munafik... tengok, lihat, dan baca boleh..nak percaya, JANGAN HARAP....

Tuesday, April 29, 2008

Isu Babi - Penyokong PAS Tertipu Lagi

Apabila banyak email dari penyokong PAS yang mengatakan bahawa BN yang ditunjangi oleh UMNO yang sebenarnya menggalakkan perternakan babi, maka ada kalanya mereka ini perlu diberikan fakta yang sebenarnya. jika di ingat pada peristiwa virus Nipah tidak lama dahulu, penyokong PAS lah yang lantang menghentam kerajaan, namun politik semasa menjadi sebaliknya. Namun realitinya, di antara PAS dan UMNO, PAS sebenarnya telah melangkah jauh ke depan dalam menjuarai isu ternakan babi ini.

Mengikut kenyataan dari pemimpin DAP, realitinya kerajaan BN telah berjaya mengurangkan pusat-pusat penternakan babi di seluruh negara. Selepas virus Nipah, tidak ada lagi pembukaan kandang-kandang baru di Selangor dan juga Negeri Sembilan. Malah pada tahun 2003, kerajaan negeri Pahang teleh mengistiharkan bahawa semua kandang babi hendaklah ditutp. Malangnya tindakan ini tidak dapat dilakukan disebabkan bantahan keras dari DAP.

Apa yang mengejutkan, tiada ternakan babi berlesen di Trengganu sebelum tahun 1999. Dan apabila PAS menguasai Trengganu pada tahun tersebut, MB Trengganu pada masa itu, Haji Hadi telah mempelawa secara terbuka semua penternak babi agar mengusahakan penternakan haiwan itu di Trengganu. Aneh bukan? Dan apabila BN menguasai semula Trengganu pada tahun 2004, BN telah mengharamkan semua penternakan babi di sana.

Jadi, inilah fakta yang perlu dikongsi bersama. PAS telah lama bergandingan dengan DAP, dan sanggup berkompromi apa saja demi undi. Selama ini PAS bersikap talam dua muka, lain yang dikatakan di hadapan penyokongnya, dan lain yang dibuat di belakang. Maka sebab itulah sehingga kini, penyokong totok PAS masih lagi bermimpi tentang penubuhan negara ISLAM, dan menyelar UMNO kerana isu babi ini.

Tidak hairan, apa yang ditulis oleh Theresa Kok di dalam laman blognya tidak lama dulu, beliau melihat banyak babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat, dan nampaknya mereka, melayu islam Kelantan sedikitpun tidak kisah tentang kehadiran binatang tersebut. Cukup hebat dasar kompromi oleh rakyat Kelantan, namun realitinya benarkah begitu. Tidakkah anda, merasakan kata-kata tersebut sebenarnya adalah satu penghinaan?

Bagi peminat dan penyokong PAS, luangkan masa dan renungkan fakta di atas. Fakta di atas sebenarnya di tulis oleh Ronnie Liu, salah seorang pemimpin kanan DAP. Ianya di tulis oleh sekutu rapat pemimpin PAS sendiri, rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Jika benar kata beliau, maka tahniahlah pada Haji Hadi.... rupa-rupanya diam tak diam, dah lama Haji Hadi ni melobi agar di buka penternakan babi. Mungkin inilah bahananya jika percaya sangat pada DAP dari umat Islam sendiri.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/letters/72492

Saturday, April 26, 2008

Permudahkan Orang Islam Murtad.

Inilah permintaan terbaru dari Pengerusi DAP, Karpal Singh kepada kerajaan. Beliau secara terbuka mengalu-alukan langkah kerajaan untuk mewajibkan saudara baru untuk memberitahu keluarga mereka, untuk mengelakkan terjadinya peristiwa pertelingkahan di antara pihak berkuasa agama dan keluarga mereka dalam membuat tuntutan ke atas mayat mereka.

Namun, menurut Karpal Singh, apa yang lebih mustahak ialah kerajaan perlu mempermudahkan proses untuk “non-muslim” apabila mereka ingin murtad untuk kembali ke agama asal mereka. Bermakna seandainya seorang itu bukan dilahirkan Islam, kemudian memeluk agama Islam, seandainya mereka ingin kembali ke agama asal, mereka tidak perlu lagi pergi ke mahkamah syariah untuk membuat perisytiharan keluar Islam. Tidak perlu lagi ada sessi kaunseling. Cukup hanya sekadar mengisi borang dan kembali ke agama asal mereka.

Inilah permintaan dari Karpal Singh (dan tentunya mewakili dasar DAP) kepada kerajaan. Ini baru mereka di posisi pembangkang, bayangkan seandainya mereka di posisi kerajaan. Mereka inilah yang akan menentukan dasar dan polisi kerajaan nanti. Dan di tangan mereka la juga nasib agama dan umat ISLAM ini. Bukan di tangan si balaci PAS, yang hanya tahu mengangguk ajer macam burung belatuk. Singa yang hebat dulu, kini tak lagi bergigi. Hingga dijentik hidung oleh DAP pun, PAS masih tersenyum sumbing...

Dan apa yang PAS dan PKR lakukan untuk menangani isu ini? Mereka buat bodoh sahaja. PAS nampak lebih berminat untuk bercerita untuk bercerita tentang isu babi, malah menolak ketepi isu yang lebih penting ini....

Inikah suara pejuang ISLAM? Jangan lupa, PAs telah bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, dan seandainya ini adalah polisi perjuangan perjuangan PR, maka dosa itu turut terpalit di muka pemimpin PAS.

Sumber : http://dapmalaysia.org/english/2008/apr08/bul/bul3456.htm

PAS – Menang Sorak Maruah Tergadai..

Itulah realiti politik bagi Pas kini. Setelah lemas dibuai mimpi kejayaan, maka datanglah realiti politik yang pahit untuk ditelan oleh para pemimpin PAS. Semuanya bermula dengan satu agenda untuk menubuhkan Pakatan Rakyat, bagi menggantikan Barisan Alternatif, sebagai menunjukkan satu persefahaman dan muafakat yang jitu di antara tiga parti pembangkang utama ini.

Apa yang pasti, Pakatan Rakyat inilah yang merubah perseksi rakyat dalam menilai parti PAS, parti yang terkenal dengan agenda perjuangan Negara Islam dan hukum hudud. Apabila ura-ura untuk memohon agar PAS dijadikan parti tunjang (atau parti yang memimpin) ditolak mentah-mentah oleh sekutu rapatnya DAP, PAS semakin kehilangan punca. Apatah lagi, PKR mengambil sikap mendiamkan diri, tanpa membela PAS, membuatkan PAS sendirian dan hanya ibarat “pak pacak” dalam pakatan longgar ini.

Perjuangan Pakatan Rakyat bukan untuk menubuhkan Negara ISLAM, jauh sekali untuk melaksanakan hukum hudud. Pakatan Rakyat juga bukan untuk membela nasib orang-orang Melayu / Islam, jauh sekali dari membantu orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial. Pakatan Rakyat ialah pakatan untuk mewujudkan hak sama rata, di antara semua kaum, dan menjadi ISLAM sebagai ugama rasmi Negara sebagai hanya satu simbol. Tidak lebih dan tidak kurang itu. Ianya boleh dikatakan sebagai satu pakatan longgar, yang ingin meruntuhkan dominasi Melayu / Islam dari menguasai pentas politik Negara. Hanya penyokong PAS dan segelintir orang Melayu didalam PKR sahaja yang perasan, dibuai mimpi dan angan-angan bahawa PR akan mewakili madah ISLAM. Buangkan saja angan-angan itu jauh-jauh. Minyak dan air tak akan boleh bercampur.

DAP secara terang dan nyata menolak gagasan perjuangan PAS. Malah mereka dengan yakin mendakwa sebilangan besar rakyat berbangsa melayu juga, menolak agar Malaysia di jadikan negara ISLAM. DAP juga menegaskan pendirian mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai negara sekular, dimana pendirian ini tidak lagi boleh dikompromi.

Itulah amaran yang ditujukan khusus kepada PAS. Dalam ertikata lain, jika PAS bersetuju dengan prinsip ini, sila bergabung di dalam PR. Kalau PAS masih bertegas untuk membentuk Negara Islam, maka dipersilakan keluar. Parti PAS yang kuat, gagah, lantang satu masa dahulu, sekrang hanya menjadi lembu yang boleh di buat sesuka hati. PAS sekarang sudah boleh dijentik hidung, sudah tidak mampu melawan apabila berhadapan dengan DAP.

Persoalannya, apakah hukumnya orang PAS yang memberi undi kepada DAP, PKR yang terang-terang menolak perlaksaan ISLAM, menentang hukum hudud, ingin menjadi Malaysia sekular (dengan hak sama rata kepada semua rakyat). Apakah perasaan anda, penyokong PAS yang sanggup sama-sama memenangkan parti roket ini, dengan agendanya yang jelas menolak perjuangan anda? Tidakkah anda juga bersuhabat?

Dan mana perginya Haji Hadi, Nik Aziz dan lain-lain pemimpin Pas yang dahulunya saban masa menghentam UMNO kononnya menolak ISLAM? Sedangkan pemimpin PAS inilah yang bekerjasama, berpelukan, berjabat tangan, bermesyuarat dan memutuskan bahawa Pas patut menyertai Pakatan Rakyat, untuk sama-sama bersekongkol dengan DAP yang jelas, nyata dan tak berselindung lagi menentang Islam? Mana hilangnya suara mereka ini? Sudah jadi bisu ka?

PAS dibawah pimpinan Haji Hadi umpama singa yang sudah hilang gigi. Boleh mengaum sesuka hati, namun takde sapa pun yang peduli. Masuk Pakatan Rakyat kenalah jadi balaci, kalau tak suka bolehlah angkat kaki. Ayuh PAS, buktikan jati diri, dah dihina dan dibuli, takkan masih tak sedar-sedar diri.

Sumber : Speech by Lim Kit Siang at the first Public Ceramah / Consultation with DAP MPs, Excos, State Assemblymen at Chin Woo Hall, Ipoh on Saturday, 12th April 2008 at 9 pm:
http://dapmalaysia.org/english/2008/apr08/lks/lks4816.htm

Apabila Anwar Merapu.

"Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", demikianlah kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya Penampang Sabah semalam. Maka riuh- gemuruh di kalangan penyokong PR, sehinggakan kata-kata tersebut di siarkan di HarakahDaily hari ini, dan email-email layang tentang kejayaan PR ini makin kerap menghujani mail box penerimanya.

Dan menurutnya Anwar lagi, setelah melakukan kiraan, dan menurutnya kawan-kawan Anwar di kalangan Ahli Parlimen Sabah (entah siapa??) telah bersetuju untuk meninggalkan BN dan bergabung dengan pakatan Rakyat,maka akan tumbangnya kerajaan pusat yang diterajui oleh Pak Lah.

"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya. (Petikan dari HarakahDaily).

Persoalan yang timbul ialah, kerusi Parlimen di Sabah hanyalah 25 kerusi sahaja. Dan untuk menumbangkan kerajaan pusat, PR memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi untuk membentuk majoriti mudah, dan menubuhkan kerajaan yang tak akan stabil (jika sebulan sekali seorang Ahli Parlimen melompat, maka setahun kita dapat menukar kerajaan sebanyak 12 kali).
Jadi, mengapakah Anwar membuat kenyataan yang bodoh, tidak masuk akal ini? Dan terlebih haru pulak, mengapa HarakahDaily mampu menyiarkan berita ini? Adakah kerana mereka terlampau kemaruk untuk berkuasa, atau hanya sekadar untuk membohongi penyokong-penyokong PAS dan melayu PKR yang masih mengharapkan kerajaan ISLAM berlandaskan undang-undang hudud akan dilaksanakan apabila PR berkuasa kelak.


PR wujud bukan untuk orang Melayu, tidak memperjuangkan agenda Melayu dan tentunya tidak untuk memperjuangkan ISLAM. Itulah intipati dan itulah realiti. Di saat pemimpin PR dari parti lain sedang merangka strategi pemerintahan, dan menguatkan kedudukan di kalangan mereka, pemimpin melayu PAS dan PKR hanyalah ibarat balaci dan kambing mereka sahaja. Mengembek kesana ke sini untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO.

Bagi mereka, biarlah PAS dan PKR terjun dengan labu-labunya… biarkan.. biarkan…Sumber :

HarakahDaily 24 April

Monday, April 21, 2008

Perlu Bertindak Apabila Islam Dihina...

Menarik , hebat dan berani. Itulah kesimpulan tajuk satu artikel yang disiarkan di HarakahDaily ini. Merujuk kepada kata-kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, umat Islam mesti serius dalam menangani isu seperti itu kerana sudah acap kali berulang dan ia seperti sengaja dilakukan pihak barat.

"Kita mesti melakukan sesuatu kerana mereka bertindak menghina Islam dan memperlekehkan Nabi Muhammad saw", ujarnta lagi dengan penuh bersemangat.

Itulah PAS, cukup hebat dalam bermain sandiwara. Tapi jangan PAS lupa tidak lama dulu, dalam Harakah Daily, disiarkan artikel sama seorang pemimpin PAS yang mengutuk tindakan kerajaan kerana tidak melanjutkan permit kepada Makkal Osai, akhbar Tamil yang menyiarkan karikatur Nabi Isa sedang menghisap rokok dan memegang tin beer...

Lainlah kalau pihak PAS menganggap tindakan Makkal Osai ini bukan satu penghinaan kepada agama ISLAM, sehingga tindakan kerajaan ini dipertikaikan. Sedangkan apa yang kerajaan lakukan bukannya bermotifkan politik. Mungkin PAS merasakan undi India lebih utama dan sanggup menutup mata dengan perbuataan yang menghina agama Islam ini.

Itulah gaya PAS. Penuh dengan sandiwara dan seloka... Bila membangkang, semunya tak kena, bila memerintah, projek babi pun PAS sokong juga.... Janji nak tutup kedai arak dan judi, PAS pun buat-buat lupa...

sumber : HarakahDaily.

Berundurlah Haji Hadi...

Itulah kata-kata seorang penyokong setia parti bulan yang tidak berjawatan ini. Kata-kata ini semakin kedengaran di peringkat akar umbi, cuma tidak berani diluahkan atau dipanjangkan oleh pemimpin tertinggi mereka sahaja. Namun perbualan ini setiap hari menjadi semakin panas, semuanya mengzahirkan persoalan adakah perlu Haji Hadi diberi kepercayaan untuk memimpin parti yang berusia 52 tahun ini.

Kewibawaan Haji Hadi untuk membawa parti yang sudah sekian lama menjadi seteru kuat UMNO, kini semakin menjadi persoalan. Haji Hadi bukan sahaja gagal membawa PAS menjadi parti yang digeruni dalam arena politik Malaysia, malah kesilapan strategi dalam PRU-12 yang lalu, membuatkan PAS sekarang hanya parti yang melukut di tepi gantang. Tanpa suara dan tanpa kekuatan apapun dalam Pakatan Rakyat.

Dengan hanya memenangi 23 kerusi dari sasaran 40 kerusi, PAS semakin kehilangan suara dalam Pakatan Rakyat. Di tambah pula dengan kegagalan Haji Hadi menawan kembali Trengganu membuatkan kredibiliti Presiden PAS ini semakin dipertikaikan. Kata-kata bahawa 40,000 heai borang ahli telah habis ialah sekadar retorik politik untuk meredakan kemarahan dan memulihkan imej parti ini, yang selama ini mengatakan bahawa mereka telah banyak menerima sokongan dari orang bukan ISLAM. Ramai pemerhati politik melihat senario sekarang adalah sukar bagi PAS untuk membuktikan adakah mereka masih lagi relevan di dalam Pakatan Rakyat. PAS sekarang adalah ibarat penumpang sahaja didalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi, Haji Hadi sebagai Presiden parti yang "perlu menjadi tunggak Pakatan Rakyat" hanyalah kekal sebagai ahli parlimen biasa, tanpa ada sebarang kelebihan pun berbanding pemimpin dari PKR dan DAP.

Diburukkan lagi keadaan apabila pengerusi DAP, Karpal Singh secara terbuka menyanggah dan mempertikaikan niat PAS untuk menubuhkan negara ISLAM, semakin menambah luka di hati penyokong setia ini. Beliau bukan sahaja memperlecehkan kata-kata Nik Aziz Nik Mat, malah secara terbuka menyanggah MB Kedah, Ustaz Azizan di media massa... Sanggahan yang sehingga kini masih tidak terjawab oleh mana-mana pemimpin PAS...

Sememangnya PAS layak dimuziumkan sahaja. Apa guna kalau sekadar menjadi juara di pentas ceramah, pandai melabelkan itu ini kepada kerajaan BN, tapi di realiti politik, PAS hanya tinggal nama. Jika PAS sendiri tidak yakin mampu untuk memperjuangkan negara atau negeri ISLAM, menghapuskan judi dan arak di negeri yang dipimpinnya, maka bubarkan saja. Jika dengan gertakan dari DAP sahaja boleh membuatkan pemimpin tertinggi PAS kecut perut, maka lebih baiklah berundur. Berilah peluang kepada mereka yang lebih berani.

Nampak gayanya Haji Hadi dah menjadi "ubat yang luput tempoh". Nak di makan lebih banyak mudaratkan, nak disimpan pun, tiada gunanya.

Sunday, April 20, 2008

Tunaikan Janji - Sultan Perak

Begitulah inti titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena Istiadat Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Ke-80 di Istana Iskandariah semalam. Inilah peringatan kepada kerajaan PR yang sebelum ini ghairah menabur pelbagai janji demi untuk memancing undi.

''Berkempen dan bekerja sangat berbeza. Segala janji hendaklah dipenuhi dan segala kata perlu dikota,", inilah titah baginda yang perlu di amati dan dihalusi maknanya. Masa untuk menjadi pembangkang dah berlalu. Dulu bolelah, bangun tidur kerjanya hanya mencari kesalahan pemerintah. Sekarang dah jadi pemerintah, tunaikan janji-janji dulu. Rakyat sedang memerhati dan menagih janji....

Manifesto Yang Semakin Dilupakan...

Kemenangan yang di idamkan selama ini telah pun tercapai. Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana mampu membuktikan bahawa mereka ini layak untuk diberi peluang untuk memerintah.

Jika sebelum PRU-12, pelbagai janji di jaja di ceramah, laman blog dan laman web rasmi untuk mempromosikan manifesto mereka. Pelbagai taktik digunakan sehinggakan pernah kedengaran di satu ceramah, jika BA (sebelum ditukar menjadi PR) diberi mandat pada 8 Mac lalu untuk memerintah negara, keesokkan harinya harga minyak diseluruh negara akan turun... Hebat! Cukup hebat apabila berjanji....

Namun, sehingga kini, setelah 6 minggu, jangankan kata nak menunaikan janji, perkara mengenai manifesto PRU-12 dulu tidak lagi disentuh. Jika di utara, janji untuk menegakkan hukum ISLAM, sekarang ni hanya tinggal ucapan di kaset ceramah sahaja. Dan di Selangor, demi untuk menguasa negeri yang dikatakan maju ini dari tangan Barisan Nasional, pelbagai gula-gula ditawarkan. Jika dilihat, memang bertuah menjadi rakyat Selangor di bawah pemerintah PKR. Cukup bertuah... tapi bertuah hanya pada janji, nak ditepati tu entah bila... Projek babi yang tiada dalam menifesto boleh disegerakan, takkan janji pilihanraya di buat-buat bodoh dan dilupakan....

Rakyat negeri Selangor boleh bertanya pada MB mereka yang super hebat ini. Mana janji-janji PKR pada PRU-12 dulu? Bagi penyokong dan pemimpin PKR yang mungkin lupa, dek keasyikan dan masih dibuai mimpi kemenangan, inilah manifesto BA khusus untuk rakyat Selangor :-


Sosial dan Kebajikan Rakyat
1. Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
2. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
3. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
4. Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti.
5. Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
6. Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga.
7. Membuka Pusat Sukan Mini dan Rekreasi bagi belia.
8. Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
9. Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
10.Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
11. Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
12. Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam
.

Kesihatan Rakyat
1. Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin.
2. Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin.
3. Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami.
4. Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas.

Ekonomi rakyat
1. Menyediakan premis perniagaan yang cukup.
2. Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda.
3. Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama.
4. Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus.
5. Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.
6. Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan.

Keselamatan rakyat
1. Menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.
2. Menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan.
3. Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.


Kalau projek babi bole disegerakan, malah ingin dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan sahaja, maka wajarlah janji-janji manifesto ini disegarakan. Rakyat Selangor yang menghantar anak ke nurseri, ke pra-sekolah, bolehlah menyimpan resit dari sekarang untuk membuat tuntutan nanti. Dan anak-anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti, rajin-rajinlah memanjat pejabat kerajaan negeri sambil membawa surat tawaran anda. Dan sapa-sapa yang nak berkahwin, tunggulah dulu pengumuman dari MB. Manalah tahu, nanti dapat RM 2000 - RM 3000 untuk belanja kenduri.

Sehingga kini, nampaknya MB dan PKR Selangor lebih berminat menjawab isu babi dari isu manifesto ini. Mungkin inilah taktik terbaru dari PKR dan kerajaan PR Selangor untuk mengalihkan tumpuan. Lebih lama rakyat hanyut dengan isu babi, lagi bagus...

Membangkang memang mudah, berjanji memang senang. Ambil iktibar dari Trengganu, kalau sekadar berjanji ajer, lama-lama rakyat pun tolak ketepi... PR berjaya sapu 5 negeri, namun Haji Hadi masih mengigit jari...

Friday, April 18, 2008

Ketuanan Melayu - bukan sekadar politik.

Andaian PAS bahawa ketuanan melayu hanya gimik politik UMNO, merupakan anggapan yang silap, yang hanya untuk menutup pekung di dada pemimpin ini tentang ketidak upayaan mereka untuk memecahkan politik kaum bukan melayu di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setelah permohonan mereka untuk menjadi parti tunjang PR ditolah mentah-mentah oleh DAP, PAS semakin lama semakin tenggelam punca, cuba untuk mencari sandaran untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi relevan. Kata-kata Ng Kor Ming bahawa parti yang berasaskan perkauman layak di masukkan kedalam muzium, dalam nada yang tersirat, juga ditujukan kepada PAS. Bukankah PAS satu-satunya parti dalam PR yang hanya khusus untuk satu bangsa dan agama, berbeza dengan DAP dan PKR yang menerima semua kaum untuk menjadi ahlinya.

Tidakkah penyokong PAS sedar bahawa parti mereka sebenarnya telah dimuziumkan terlebih dahulu, dengan menjadikan mereka sebagai pemimpin boneka sahaja. Terdapat beberapa penyokong PR yang tertawa melihat parti yang kononnya memperjuang hudud, negara ISLAM, menolak kerajaan sekular, sekarang pemimpin mereka hanya menjadi lembu didalam PR. Mana hilangnya wawasan PAS untuk membebaskan bumi Malaysia yang menurutnya penuh dengan arak, judi dan segala maksiat ini? Sehingga kata-kata dari Karpal Singh pun mereka tidak sanggup menjawab. Bagi DAP, PAS hanyalah lembu yang hanya perlu di ikut perintah, bukan untuk memerintah.

Di saat penyokong PAS bertepuk tangan dan bersuka ria, penyokong melayu didalam PKR dibuai mimpi, mereka di dalam DAP telah merencanakan beberapa strategi untuk menawan negara ini. Bagi mereka, PAS dan PKR boleh di cucuk hidung umpama lembu, namun tunjang utama ialah UMNO. Dan DAP semakin yakin, dengan bantuan lembu-lembu ini didalam PR, mereka akan berjaya tidak lama lagi...

Dan buktinya terbukti sekarang, mana hilangnya suara ISLAM di Perak, Selangor dan Kedah. Apa yg MB Perak dari PAS buat untuk meningkat syiar ISLAM di sana? Berapa banyak kedai magnum, kedai judi yang telah ditutup di Kedah dan Perak? Mana janji-janji manifesto PKR Selangor yang begitu hebat dengan segala macam imbuhan masa PRU dulu? Semuanya hilang entah ke mana...

Dan di saat umat ISLAM sedunia mengutuk penyiaran karikatur yang menghina ISLAM, umat ISLAM dalam PAS dan PKR pula lantang mengkritik kerajaan yang menamatkan permit akhbar Tamil yang menyiarkan karikatur Nabi Isa sedang memegang tin beer...

Itulah wajah orang Melayu dalam PR, sanggup menjadi balaci demi hanya sekeping kertas undi...

Thursday, April 17, 2008

PAS membela Makkal Osai.

Apabila membaca berita terkini dari HarakahDaily, semakin nampak kecelaruan dan kebodohan minda pemimpin PAS yang sangat terdesak untuk menjadi juara rakyat sehingga sanggup memperdagangkan ugama sendiri. Terbaru, apabila kerajaan tidak memperbaharui permit akhbar Tamil Makkal Osai, semakin lantang la pemimpin terdesak dalam PAS ini mencari isu.

Apabila Mahfuz Omar menempelak kerajaan kerana permit Makkal Osai tidak disambung, beliau terlupa pada satu masa dulu, beliaula juga yang lantang menghentam kerajaan kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan akhbar yang sama. Apabila permit tidak disambung, beliau pula menjadi orang yang lantang menghentam kerajaan.

Kenyataan beliau, Tak kan hanya kerana masyarakat India menolak BN pada pilihan raya lalu, kerajaan terus tidak mahu menyambung permit kahbar tersebut, merupakan kenyataan yang sengaja di putar belitkan. Sedangkan sebab utama Makkal OSai tidak disambung permitnya ialah kerana penyiaran gambar karikatur Nabi Isa sedang menghisap rokok dan memegang tin beer. Mengapa tiba-tiba sahaja beliau ingin menjadi juara kepada akhbar yang terang-terang menghina dan memperlekehkan sensitiviti kita sebagai umat ISLAM? Adakah beliau menjadi semakin bodoh dan kemaruk sehinggakan untuk mendapat undi dari orang India, beliau sanggup menjadi pembela akhbar ini? Yang hairannya, Harakah tidak pula menyatakan bahawa Makkal Osai diharamkan di atas sebab penyiaran kartun ini.

Semakin hari, semakin nipis rupanya keimanan dalam diri PAS. Bukankah kita patut pertahankan agama kita. Jika seandainya selepas diberi permit, Makkal OSai menyiarkan pula gambar kartun yang menghina junjungan Nabi kita, macam mana pula? Perlukah kerajaan pula di salahkan....

Tidak salah kalau nak jadi pembela rakyat, cuma pastikan rakyat mendapat berita yang betul. Jangan hanya kemaruk undi dari orang Cina dan India, PAS semakin lupa diri dan kelam hati. Penternakan babi pun dah jadi perjuangan PAS sekarang ni, dan sekarang menjadi pembela akhbar yang menghina Nabi pula....

Tapi, janji nak laksanakan hukum ISLAM di Kedah, dan perjuangan negara ISLAM dah semakin luput di ingatan PAS... maklumlah, mereka lebih suka berjuang untuk membukan peternakan babi dari menutup pusat arak dan judi dan judi di Kedah...

Semakin lama, semakin haru dan kelabu perjuangan PAS....

Janji Pakatan Rakyat.

Apabila terjadinya 2 perhimpunan yang bagi PAKATAN RAKYAT cukup hebat, kerana di hadiri hampir 90,000 manusia di dua tenpat di tanah air, maka tembelang dan misi ketiga-tiga parti yang membentuk pakatan ini juga terserlah.
Jika di ukur dari bilangan jumlah manusia, maka tentunya cukup hebat. Namun, apabila di amati ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin besar mereka, semuanya jelas ingin menolak Ketuanan Melayu dan ISLAM dari bumi Malaysia ini. Dan semuanya disambut dengan tepukan gemuruh dari para penyokong yang ramai ini.
Penasihat PKR, apabila menyelar tentang dasar kerajaan yang baginya selama ini hanya menguntungkan segelintir orang melayu, nampaknya beliau terlupa bahawa beliau juga pernah berada di dalam kerajaan. Malah berapa banyak yang dilantaknya Allah sahaja yang tahu. Namun beliau dengan jelas, tidak akan memperjuangkan isu-isu orang Melayu, apatah lagi pembentukan negara ISLAM. Beliau hanya lebih berminat dengan kaum Cina dan India, dimana undi mereka inilah yang membolehkan PKR dan DAP menyapu banyak kawasan pilihanraya. Baginya, mereka ini lebih mulia dan nasib mereka lebih layak untuk diperjuangkan dari orang Melayu. Beliau boleh menyokong HINDRAF tapi tidak berminat untuk menyokong pembentukan Negara ISLAM idaman PAS. Jadi, nasib siapa yang sebenarnya beliau ingin perjuangkan?
Kata-kata petikan beliau senada dengan kata-kata Pengerusi Pemuda Sosialis DAP, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, yang dengan jelas menyatakan bahawa "''Kita tidak bicara tentang ketuanan Melayu tetapi ketuanan rakyat," perlu di renungkan oleh segenap lapisan orang Melayu. DAP ini, walaupun belum lagi berkuasa, menjadi kerajaan tidak berminat untuk menjamin keistimewaan orang Melayu apatahlagi dasar ekonomi dan sosial kita yang banyak menguntungkan orang Melayu.
Inilah cara terkini DAP untuk mengugat keutuhan orang Melayu yang selama ini berjaya dipadukan samaada melalui PAS dan UMNO. Perpaduan yang walaupun berlainan ideologi, namun masih tidak dapat digugat dan dipecahkan oleh mereka sejak sekian lama. Kini, dengan munculnya PKR, mereka telah dapat merangka satu formula istimewa bagaimana untuk meranapkan kekuatan ini. PAS sudah menjadi singa yang tidak bergigi, manakala UMNO, yang masih menjadi tunjang kerajaan, masih sedang mencari penawar atas kegagalan BN mendapat majoriti 2/3.
DAP yang sememangnga mengidamkan kuasa menjadi semakin berani, dan mereka sedang mengumpulkan kekuatan untuk melumpuhkan kekuatan melayu, dengan menjadikan PKR sebagai proksi. Tangan-tangan DAP inilah yang memainkan jarum sehingga MENTERI BALACI Perak dan Selangor tidak mampu membuat apa-apa. MB Perak yang berceramah melaungkan tentang dasar ISLAM, hudud, arak dan judi di negeri pimpinan BN, menjadi semakin tidak bermaya. Malah, MB Selangor menghadiah projek ternakan babi bernilai RM100 juta sebagai projek pertama untuk rakyat.
Dan semakin ramai orang melayu bersorak dan bertepuk tangan, semakin hampir kita kepada kehancuran. Dan jasa-jasa Anwar inilah yang akan menjadi satu sejarah didalam negara kita. JANGAN HANYA MENANG SORAK, TAPI KAMPUNG TERGADAI...
Pas dan negara ISLAMnya telahpun DAP kuburkan, sekarang hanya tinggal UMNO dan BN. Runtuhnya mereka, bumi Malaysia ini akan menjadi Singapura, dan politik kaum Cina akan menjadi semakin berleluasa...
sumber : harakahdaily, utusan malaysia..

Saturday, April 12, 2008

MB Kedah umpama burung unta - KARPAL SINGH

Orang kuat DAP, Karpal Singh terus menyelar MB Kedah dengan menggelarkan beliau agar jangan jadi seperti burung unta, yang hanya pandai menyembunyikan kepala didalam pasir dan mengabaikan apa yang terjadi disekeliling. Itulah penghinaan terbaru yang di berikan oleh rakan kongsi PAS ini. Dan yang peliknya, suara lantang didalam PAS menjadi terkedu.

Beliau dengan nada yang tegas tetap akan menentang sebarang dasar PAS yang ingin mewujudkan negara ISLAM dan melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Satu pendirian yang konsisten dari dulu sehingga sekarang. Bukan seperti pendirian PAS yangsanggup membuang perkara tentang negara ISLAM di dalam manifestonya semata-mata untuk memancing undi.

Mana perginya suara-suara yang hebat didalam PAS selama ini? Mengapa mereka tidak mengutuk dan memberikan kata dua kepada Karpal Singh? Adakah mereka terlampau hormat dan takut kepada peguam ini? Bukankah mereka berkata sesiapa yang menentang hudud adalah musuh ISLAM yang nyata? Jadi, adakah Karpal Singh dan DAP ini musuh atau sahabat?

Inilah buah tangan terbaik kepada ramai penyokong PAS yang sama-sama memangkah parti DAP dalam PRU-12 dahulu. Nampaknya suara DAP menjadi semakin kuat sekarang ini. Setelah menguasai PKR dengan proksinya, mereka merasakan tidak perlu lagi memberi hormat kepada parti "yang merasakan telah menerima sokongan dari pelbagai kaum ini". Jika benar semua kaum menyokong PAS, maka tentunya PAS tidak akan menang 23 kerusi parlimen sahaja dari 40 kerusi yang disasarkan oleh Haji Hadi.

Nampaknya orang PAS sahaja yang beria-ria memangkah DAP, namun penyokong DAP tidak bersungguh untuk mengundi PAS. Natijahnya semakin tenggelamlah suara parti yang mendabik dada juara orang Melayu dan tunjang kepada pakatan rakyat ini.. Bak kata orang, sembang ajer lebih, tapi tak bole pakai pun...

Dan jika saranan DAP untuk mewujudkan timbalan ketua pembangkang di Parlimen diluluskan, semakin kritikallah keadaan PAS. Masakan mungkin parti yang menjadi tonggak PAKATAN RAKYAT tidak mempunyai sebarang jawatan pun. Setelah ketua pembangkang disapu PKR, timbalannya di bolot DAP, apa lagi yang ada pada PAS...

Yang kekal pada PAS ialah hanya menjadi balaci.... Mengaku ketua, tapi hanya menurut punggung DAP dan PKR sahaja..

Dan penyokong PAS sehingga kini masih lagi di buai mimpi....

sumber:-
http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2003/nov03/bul/bul2325.htm
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2209475/Article

Thursday, April 10, 2008

Negara Islam...PAS dan DAP berbalah lagi...

Keakraban dua rakan karib dalam politik, nampaknya retak lagi apabila isu negara ISLAM di utara. PAS yang yang semakin terdesak setelah kehilangan suara di kalangan pembangkang, mengusulkan agar PAS menjadi tunjang atau ketua kepada PAKATAN RAKYAT.
Dan tentunya isu ini membuatkan Karpal Singh melenting. Belaiu yang sentiasa tegas dan penuh berprinsip menolak gagasan PAs ini dan mengingatkan PAS yang hanya mempunyai 23 kerusi dalam Parlimen agar menutup mulut dan jangan membicarakan perkara yang tidak termasuk dalam perbincangan dasar Pakatan Rakyat itu...
Ini membuatkan MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak campur tangan dan menegaskan agar Karpal Singh menutup mulut dan berhenti bercakap tentang PAS dan kaitan dengan negara Islam sebaliknya harus memberi tumpuan kepada isu yang lebih besar yang boleh dibincangkan di antara PAS dan DAP.
Apakah maknanya ini? Adakah ini bermaksud bahawa PAS tidak berniat atau berminat untuk memperjuangkan negara ISLAM sepertimana yang digembur-gemburkan, sepertimana yang dijaja oleh sekian banyak ceramah dan road show selama ini? Adakah perjuangan mereka selama ini hanya berhenti kerana gertakan dari DAP? Inikah rakan kongsi politik yang di pilih oleh PAS?
Perlu di ingat PKR sendiri walau ditunjangi oleh orang Melayu sendiri tidak PERNAH membincangkan tentang negara ISLAM. Malah tidak ada dalam agenda PKR sendiri untuk menubuhkan negara ISLAM? Jadi, mana haluan PAS? PAS nampaknya bersendirian dalam perkara ini, dan nampaknya dengan hanya 23 kerusi dalam Parlimen, suara PAS tidak lagi di ambil peduli.. PAs yang mendakwa mendapat sokongan dari bukan ISLAM terpaksa menagih simpati kali ini...
Bagaimana pula hukum hudud di negeri Kedah? Bukankah bagi penyokong PAS hudud itu wajib dilaksanakan?
Dan ini jawapan MB Kedah sendiri:-
Beliau berkata, kerajaan Kedah yang diketuai oleh PAS tidak pernah berbincang tentang pelaksanaan hudud di Kedah sebab ia tidak termasuk di dalam manifesto PAS Kedah dalam pilihan raya umum yang lalu.
Apa sudah jadi? Sebelum berkuasa, berkokok kesana kemari, sudah berkuasa, buat-buat tak reti....
Demi undi, hukum yang dikatakan wajib pun sanggup ditolak ketepi...
Inilah politik, dan inilah realiti.... Bercakap pandai, dah memerintah jadi Luncai...

Lagi-lagi isu babi..

Isu babi nampaknya telah memakan diri kerajaan PAKATAN RAKYAT, yang kononnya begitu "prihatin", "peka" dan memahami masalah rakyat.

Apabila Teresa Kok mengumumkan bahawa mesyuarat EXCO pertama pada 2 April 2008 lalu, kerajaan negeri Selangor telah meluluskan projek ternakan babi berskala mega, yang menelan belanja 100 juta, maka berduyun-duyunlah rakyat yang memberikan pelbagai maklumbalas.

Ini di ikuti oleh demonstrasi aman di hadapan pejabat MB yang dari "peka" menjadi "pekak", dan pelbagai bantahan di buat oleh NGO serta kumpuilan-kumpulan yang lain. Yang paling menariknya PAS melalui media alternatifnya HARAKAH bertindak menyokong projek ini dengan berdasarkan kepada alasan projek ini telah diluluskan oleh kerajaan Selangor terdahluu...

Kalau dulu, semasa mula-mula memerintah, bukankah MB ini yang ingin "mengkaji" semula dasar-dasar dari kepimpinan terdahulu, termasuk mengkaji perjanjian air antara PUNCAK NIAGA dan kerajaan negeri Selangor, atas alasan perjanjian itu lebih memihak kepada PUNCAK NIAGA.

Bukankah MB ini dalam sidang medianya bertegas akan membekukan segala projek di lereng bukit atas faktor keselamatan dan alam sekitar. MENGAPA KETEGASAN BELIAU INI HILANG APABILA MENYENTUH ISU PENTERNAKAN BABI INI? Apakah manfaat yang dapat diberikan kepada penduduk Selangor dan juga rakyat di Mukim Batu Kuala Langat? Apakah pasti tidak akan ada pencemaran nanti? Adakah MB ini telah menjadi tidak peduli akan keprihatinan rakyat Selangor yang sebahagian besarnya ialah Melayu dan beragama ISLAM...

Dan yang menariknya, PAS pula menyokong projek ini. Seandainya kerajaan BN yang memerintah, nescaya akan gegak gempita seluruh tanah Malaysia ini dengan segala macam road show, ceramah dan SMS layang yang MENGUTUK dan tentunya KHIR TOYO akan digelar penjaga Babi. Malangnya suara yang lantang dahulu. sekarang dah semakin sayup...

Kalau perjanjian air ingin dikaji, perjanjian babi pula ingin diteruskan....

Dan kepada suara yang selama ini lantang membangkang, ayuh bangunlah.... Janganlah sampai negeri Selangor di gelar Selangor Darul Khinzir... jangan tambahkan satu lagi mercu tanda di Sepang... cukuplah dengan sekadar litar F1...

Untuk rakyat Selangor, terimalah buah tangan dari kerajaan alternatif anda....

Tuesday, April 8, 2008

Negeri Islam...

Mudah bagi Haji Nik Aziz Nik Mat untuk menempelak dan mempelekehkan kerajaan negeriyang ditunjangi oleh BN, dengan kata-kata negeri yang tidak ISLAMIK dan tidak berpegang atau memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah...

Maka persoalan yang sama turut dilontarkan oleh orang ramai, apakah kerajaan negeri Perak dan Selangor sekrang boleh dikategorikan sebagai negeri ISLAM? Adakah Dasar Membangun Bersama Islam yang dipelopori oleh PAS Kelantan mampu untuk diterjemahkan di sana?

Bukankah PAS selama ini mendabik dada hanya di Kelantan sahaja negeri yang memenuhi wadah perjuangan ISLAM, sehinggakan negeri tersebut wajar digelar sebagai Serambi Mekah. Maka apakah agaknya status negeri Perak dan Selangor ini? Perak yang walaupun MBnya dari PAS, namun berdiri kukuh di atas dasar yang sama seperti BN dahulu. Apakah MB Perak dari PAS takut atau malu nak memertabatkan negeri ini sebagai negeri ISLAM, sejajar dengan perjuangan PAS? Atau mungkin beliau yang sebenarnya takut dengan tangan-tangan DAP yang sentiasa memastikan bahawa setiap dasar yang dibuat, tidak membelakangkan kehendak kaum bukan Melayu?

Dan apakah Selangor negeri ISLAM? Mengapa Nik Aziz dan Haji Hadi membisu sahaja apabila menyentuh isu ini? Adakah kerana merka ini terkeliru ataupun taktahu apakah ciri-ciri negeri ISLAM yang sebenarnya?

Atau mungkin mereka ini menjadi semakin bacul dan takut dengan hakikat, walaupun pembangkang kuat, PAS nampaknya semakin lemah. Suara mereka menjadi tenggelam, sehinggakan gertakan dari Karpal Singh pun tak terjawab.

Suara PAS semakin lesu..

Pas semakin lesu dan tertekan. Itulah hakikatnya yang boleh dikatakan pada parti yang kononnya menperjuangkan ISLAM ini.

Apabila Dr Halimah Ali, dan barisan EXCo dari PAS memberikan kata setuju pada projek ternakan babi moden ini, ramai penyokongnya semakin keliru dan terharu. Keliru kerana mereka sanggup membutakan mata dan menjadi bacul dalam bersuara. Bukankah penyokong-penyokong ini yang menyelar kerajaan BN kerana tertegaknya kilang arak sebagai tidak ISLAM? Bukankah mereka ini yang menuduh kerajaan BN taghut, tidak islamik kerana membenarkan pusat judi dan arak di buka? Nah..sekarang mereka ini pula berkata mereka bersetuju. Sungguh mengharukan..dan inilah projek pertama kerajaan baru Selangor untuk kesejahteraan rakyat.

Umum telah mengetahui bahawa projek ini tidak pernah diluluskan oleh kerajaan BN yang dahulu, dan ditolak pula oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor. Mana sekarang, dengan tangan-tangan ghaib dari DAP, dan dengan memperlembukan pemimpin-pemimpin Melayu, maka sekarang cita-cita untuk menjadikan Selangor Negeri Pengeksport Babi telah tercapai....

Mana perginya suara yang dahulu lantang? Mana pergi semangat berkobar-kobar penyokong dan pemimpin PAS selama ini? Mungkin sekarang mereka memahami erti politik. Nak membangkang, cakaplah apa saja.. Nak memerintah, baru tahu langit tinggi rendah....

Ladang Babi 100 juta. Jasa PKR kepada rakyat Selangor.

Tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang di tunjangi oleh PKR, diikuti sekutunya DAP dan PAS. Dan projek pertama yang telah diluluskan oleh kerajaan baru ini ialah ladang babi moden sebanyak RM100 juta. Hebat..cukup hebat. Betapa bangganya Teresa Kok apabila mengumumkan akan kejayaan DAP dalam memujuk dan membentuk MB Melayu ini sehingga projek ini mampu diluluskan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid.

Umum mengetahui, andainya berita ini muncul apabila kerajaan BN memerintah, tentu penuhlah Harakah, MalaysiaKini dan berbagai lagi media pembangkang. Namun sekarang, suara-suara ini terus tenggelam..... Mana suara ISLAM dalam PAS? Mana perginya suara meraka yang kononnya menentang negeri dikuasai BN? Dah menjadi bisu atau buta?

Sekalung tahniah untuk Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakop Sapari di atas usaha beliau untuk merealisasikan projek ini. Mungkin kita akan berjumpa Exco Selangor yang lain dari PAS yang akan menyokong usaha ini...

Tahniah DAP kerana berjaya memperlembukan pemimipin melayu kita. Dan bagi rakyat Selangor, ini lah projek untuk kesejahteraan. Negeri Selangor sebagai pengeksport babi utama negara.....

Friday, April 4, 2008

PAS WAJAR MENJADI TUNJANG PAKATAN RAKYAT?

Lawak terbaru dari PAS....

Kata-kata yang hanya diucapkan untuk menguirangkan perasaan bimbang dan kecewa ribuan penyokong PAS, yang selama ini berjuang demi menegakkan hudud dan negara ISLAM....

Dan apabila tersebarnya berita mengenai PAKATAN RAKYAT, dan tidak ada satu perkara pun yang membicarakan tentang negara ISLAM pada perbincangan awal kerjasama tersebut, maka tentunya ramai penyokong ini berfikir, MANA PERGINYA SLOGAN NEGARA ISLAM PAS? Adakah dah dibuang ke longkang atau dah menjadi tak bermakna lagi...

Bukankah dulu mulut bacul ini yang mengutuk dan mencerca kerajaan BN? Sekarang, terimalah sendiri.... Dari parti yang menjadi tunjang, menjadi parti yang hanya mengikut di belakang....

Dari parti yang mengunguli, dari parti yang hanya menjadi balaci...

Tahniah PKR kerana berjaya menggunakan PAS selama ini. Dari 1 kerusi terus menjadi ketua pembangkang.. dan PAS terus melepas....

Pakatan Rakyat Bukti Pas terdesak...

Apabila penasihat PKR, Datuik Seri Anwar Ibrahim mengumunkan bahawa satu kerjasama akan dibentuk di antara DAP, PKR dan PAS, ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya adakah ii merupakan gimik politik terkini. Umum mengetahui bahawa DAP dan PAs merupakan dua parti yang berbeza fahaman ideologi.

Bagaimana mungkin DAP akan berubah. Jadi tentunya satu pihak lagi yang akan berkompromi dan berani mengubah halatuju perjuangan merka selama ini. Bukankah PAS selama ini ingin mennegakkan negara ISLAM? Bukankah selama ini mulut celupar mereka di penta sceramah yan menghentam dasar kerajaan kononya tidak ISLAMIK, mengikut perlembagaan sekular, memerintah tidak mengikut al-qurandan hadis, menggalakkan judi dan arak, serta beribu tohmahan lagi...

Apa dah jadi wahai Haji Hadi? Bukankah semasa PRU-12 dulu, Haji Hadi mengatakan negari yang dikuasai PAS akan mengikut undang-undang ISLAM sepenuhnya? Sepatutnya kerajaan negeri Kedah dan Perak sekarang dah mula membuat dasar untuk merobohkan premis perniagaan judi dan arak ini? Bagaimana pula dengan Selangor? Kalau kerajaan BN dahulu diselar dengan kerajaan sekular, apa agaknya kerajaan Selangor sekarang ini? Adakah akan robohnya kilang arak atau mungkin dipindahkan di tempat lain...

Kerana tersepit, dan semakin dipinggirkan, Haji Hadi terpaksa menorbankan prinsip-prinsipnya selama ini. Dan kepada penyokong PAS, buangkan sahaja angan-angan anda untk melihat negara ISLAM ditubuhkan, atau perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia ini...

DEMI UNDI DAN KUASA POLITIK, PAS RELA MENJADI BALACI...

ISLAM dan agama pun PAS sanggup jual dan beli.... Negara ISLAM pun dah jadi mimpi, hukum hudud jauh sekali....

KESIAN...

Wednesday, April 2, 2008

PAS semakin terdesak?

Semenjak keputusan PRU-12 di umumkan, walaupun PAS menguasai 3 negeri (walaupun 1 secara kompromi tersusun), PAS semakin lama semakin di pinggirkan. Ini ddi buktikan walaupun pembangkang menguasai 82 kerusi parlimen, suara PAS semakin tenggelam di celah-celah pembangkang lain, terutama dari PKR dan DAP.

Jika sebelum pilihanraya, Haji Hadi dengan penuh rasa yakin mampu menyapu 40 kerusi Parlimen, namun jumlah yang menang jauh dari sasaran. Dalam pakatan pembangkang, PAS semakin di pinggirkan. Sebagai parti yang satu masa dulu sebagai pembangkang utama, sekarang PAS hanya melurkut di tepi gantang, mengharapkan simpati dari PKR dan DAP dalam menentukan hala tuju parti tersebut.

Maka tidak hairanlah, Presiden PAS, Haji Hadi Awang secara terpaksa mengakui hakikat ini. Dan untuk mengelakkan dari PAs semakin terpinggir, maka satu Gagasan Pakatan DAP-PKR-PAS akan di tubuhkan tidak lama lagi, untuk menjadikan ia satu entiti pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Persoalannya sekarang, mampukah PAs berkompromi dengan isu-isu dasar yang diperjuangkan selama ini? Mampukah PAS membuang imej penubuhan negara ISLAM semata-mata untuk survival politiknya...

Untuk apakah perjuangan Haji Hadi dan PAS selama ini yang terkenal dengan imej "ISLAM", tentang wajibnya hudud, menubuhkan Negara ISLAM dan jahilnya UMNO dalam memerintah kerana membiarkan judi dan arak berleluasa? Maka, jika perjuangan ini dihentikan, PAS sudah tidak relevan lagi....

Masa akan menentukan, adakah PAS akan membuang prinsipnya atau DAP akan berkompromi untuk kekuasaan? Realiti politik sekarang, PAS sudah melepas...