Sunday, April 20, 2008

Tunaikan Janji - Sultan Perak

Begitulah inti titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena Istiadat Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Ke-80 di Istana Iskandariah semalam. Inilah peringatan kepada kerajaan PR yang sebelum ini ghairah menabur pelbagai janji demi untuk memancing undi.

''Berkempen dan bekerja sangat berbeza. Segala janji hendaklah dipenuhi dan segala kata perlu dikota,", inilah titah baginda yang perlu di amati dan dihalusi maknanya. Masa untuk menjadi pembangkang dah berlalu. Dulu bolelah, bangun tidur kerjanya hanya mencari kesalahan pemerintah. Sekarang dah jadi pemerintah, tunaikan janji-janji dulu. Rakyat sedang memerhati dan menagih janji....

1 comment:

Mr Joker said...

Satu ingatan buat parti yang mendapat mandat mentadbir Negeri Perak dan satu teguran buat parti yang mendapat mandat mentadbir negara Malaysia.yang mentadbir negeri,cuba tunaikan mana-mana menifesto yang mampu ditunaikan mengikut bidang kuasa kerajaan Negeri manakala yang mentadbir negara - Selamat,Aman dan Makmur menifesto anda.buktikan betapa Selamatnya negara ini,pertahankan KeAmanan negara ini dan Makmurkan negara ini tanpa memilih darjat dan pangkat.kesilapan akan membawa padah....
Rakyat telah membuktikan kuasa mereka,jangan sampai Rakyat membuat perubahan total dalam PRU13.